LAI LEE MIN

LAI LEE MIN
Unit : S3
Major : BAHASA CINA (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D3200

Search This Blog

Powered by Blogger.

Thursday, March 4, 2021

PENGHASILAN KARYA PAMERAN



Pada minggu ini iaitu dari 1-5 Mac 2021, saya telah merancang satu sesi penggambaran untuk menangkap foto yang hendak dipamerkan dalam pameran fotografi. Berdasarkan tema pameran kita “Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar”, saya memilih kawasan hutan bakau di tepi komplaks Riverfront dan kawasan sawah padi di Sungai Petani untuk menjalankan sesi penggambaran ini.


      Sebelum memulakan sesi penggambaran ini, saya banyak melayari laman web untuk merujuk dan melihat contoh foto yang bertemakan pencemaran alam sekitar dan keindahan alam sekitar.





      Semasa menjalankan sesi penggambaran ini, saya telah memilih waktu senja untuk menangkap foto yang saya hendak kerana cahaya pada masa itu kelihatan kemerahan. Saya menjalankan sesi penggambaran di kawasan hutan bakau terlebih dahulu kerana banyak monyek akan berkumpul dan mencari makanan pada masa tersebut. Saya juga mendapati air sungai di kawasan hutan bakau telah pasang dan ini memudahkan saya menangkap gambar tentang pencemaran sungai dengan jelas.









    Selepas itu, saya telah beralih ke kawasan sawah padi yang berdekatan dengan hutan bakau. Walaupun musim menuai sudah lepas, namun saya masih berasa sangat bertuah kerana saya dapat menikmati pemandangan sawah padi yang indah tersebut. Dengan menghadiri kelas elektif fotografi ini, barulah saya menyedari bahawa rupa-rupanya Sungai Petani mempunyai pemandangan yang cantik ini.






    Setelah menyiapkan sesi penggambaran, saya memindahkan gambar-gambar dari kad SD ke dalam laptop untuk proses pemilihan foto. Dalam hal ini, saya telah memilih tiga keping foto untuk post-processing.








    Saya memilih Adobe Photoshop untuk menjalankan post-processing. Saya telah menambahbaikan kualiti foto saya dengan sharpening dan color balance. Melalui perbandingan antara ketiga-tiga foto yang terpilih, akhirnya saya memilih dua foto yang berikut sebagai hasil karya saya untuk pameran fotografi yang akan datang.





Berikut merupakan hasil karya yang saya pilih untuk pameran.










0 comments:

Post a Comment