LAI LEE MIN

LAI LEE MIN
Unit : S3
Major : BAHASA CINA (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D3200

Search This Blog

Powered by Blogger.

Thursday, February 18, 2021

AKTIVITI AMALI 12 : SHAPE AND FORM


 

Pada 18/2/2021, saya telah belajar tentang komposisi Shape and Form. Pada pemahaman saya, Shape merupakan bentuk objek yang dalam bentuk 2D manakala Form adalah kewujudan bentuk objek dalam 3D yang dicipta dengan bayang atau cahaya.



Gambar kek Oreo ini diambil dari atas ke bawah. Oleh itu, bentuk pinggan yang berbentuk bulat dan bentuk kek yang berbentuk segi tiga dapat dilihat dengan jelas.




Ini merupakan alat muzik tradisional (Erhu) saya. Saya mengambil gambar erhu ini dengan teknik Bird's Eye view iaitu dari atas ke bawah. Maka bentuk erhu yang berbentuk hexagon dapat dikesankan.



Apabila cahaya dipancarkan pada daun kering ini, sebahagian daun kering telah menghadapi cahaya. Maka, bayang akan terhasil dan mewujudkan kesan 3D.







Wednesday, February 17, 2021

AKTIVITI AMALI 11: FRAMING


Pada 18/2/2021, saya telah menjalankan aktiviti amali selepas belajar tentang komposisi Framing dalam kelas. Framing merupakan sejenis komposisi fotografi di mana jurugambar bermotif untuk menggunakan sesuatu untuk menghalang objek lain dalam gambar dan memokus pada objek utama.




Untuk memokus pada lampu jalan tersebut, saya menyusunkan kududukan lampu tersebut ke dalam pintu pagar yang berbentuk bulat.





Untuk memokus pada tanglung yang digantung di rumah jiran saya, saya menyusunkan kududukan tanglung ke dalam  pintu pagar yang berbentuk diamond

AKTIVITI AMALI 10 : PATTERN


 

Pada 18/2/2021, saya telah belajar tentang Pattern and Texture. Pattern merupakan corak berulangan yang mempunyai gabungan motif. Texture adalah perasaan sentuhan pada sesuatu objek dan ia fokus pada butiran semula jadi alam sekitar.


Berikut merupakan hasil amali saya dengan mengaplikasi komposisi Pattern and Texture.


Susunan telur kampung yang baru dibeli oleh ibu.




Daun Pokok yang disusun dengan semula jadi





Biji Teratai yang disusun dengan kemas dalam Buah Teratai




Lantai Simen


Tuesday, February 16, 2021

AKTIVITI AMALI 9 : LEADING LINES


 

Pada 17/2/2021, saya belajar tentang komposisi Leading Line. Leading Line boleh diklasifikasikan kepada Vertical, Horizontal dan Perspective.


Berikut merupakan hasil amali saya yang mengaplikasikan komposisi Leading Line.


Pintu pagar rumah jiran ( Perspective / Vertical )





Daun kering dan bayang pintu pagar rumah (Horizontal / Melintang)

AKTIVITI AMALI 8: RULE OF THIRDS


 

Pada 17/2/2021, saya telah menjalankan aktiviti amali tentang pembelajaran komposisi Rule of Third. Rule of Thirds memerlukan seseorang jurugambar mengaturkan objeknya di persimpangan atau di sepanjang garis bahawa fotonya menjadi lebih seimbang dan akan membolehkan penghayat untuk berinteraksi dengannya secara lebih semula jadi.




Saya menyusunkan objek saya iaitu bunga teratai di sudut kanan bawah. 





Semasa mengambil gambar ini, saya menyusun objek saya iaitu lampu jalan di titik persilangan di bahagian bawah sebelah kiri. Pada masa yang sama, seekor burung berhenti di atas lampu jalan tersebut dan menwujudkan gambaran yang comel. 

Monday, February 15, 2021

AKTIVITI AMALI 7 : NIGHT PHOTOGRAPHY


 

Pada 16/2/2021, saya telah menjalankan amali Night Photography pada waktu malam. Disebabkan terdapat lampu jalan di depan rumah saya, maka gambar Night Photography saya tidak begitu bagus dan memberi kesan yang baik.


Bulan yang diringi dengan awan






Codok Naga yang digunakan untuk sembayang semasa Tahun Baru Cina