LAI LEE MIN

LAI LEE MIN
Unit : S3
Major : BAHASA CINA (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D3200

Search This Blog

Powered by Blogger.

Wednesday, February 3, 2021

AKTIVITI AMALI 6 : PANNING


Pada 3/2/2021, saya belajar teknik Panning berdasarkan beberapa video dalam Youtube. Panning merupakan teknik fotografi yang digunakan untuk membekukan gerakan pada objek yang bergerak. Cara melakukan panning adalah dengan menggerakkan kamera searah dengan arah gerakan objek yang ingin difokuskan sehingga objek difokuskan, sementara background menjadi kabur/blur. Jangan takut hanya keranaa ada kata “teknik”, cara melakukan panning dapat dibilang cukup mudah.


Berikut merupakan beberapa video yang mengajar teknik Panning dari Youtube.











Selepas saya menonton video di Youtube, saya cuba menggunakan teknik ini untuk menangkap kereta yang berlalu di depan rumah saya.







Masa :  7.43 pagi ( 4/6/2021)

Cuaca : Cerah

Kamera : Nikon D3200

Lensa : 18-55mm

Shutter Speed : 1/40

ISO : 100

Aperture : F 4.5



Selepas berjaya mengambil foto teknik Panning, saya berasa gembira kerana teknik ini memang susah. Walaupun butiran background yang dirakam kelihatan sedikit jelas lagi, namun kereta jiran saya dirakam dengan lebih jelas. Jiran saya yang duduk dalam kereta juga boleh jelas dilihat. Saya juga jelas bahawa kita perlu menggunakan kelajuan yang lambat dan hanya memokus pada objek yang bergerak sahaja semasa teknik Panning diaplikasi.





AKTIVITI AMALI 5 : SHUTTER SPEED


Pada 3/2/2021, saya telah belajar tentang perbezaan antara Shutter Speed yang tinggi dan Shutter Speed yang rendah. Shutter Speed yang berbeza akan menghasilkan gambaran yang tajam atau kabur dalam foto. Berikut merupakan hasil amali saya. 


Kamera : Nikon D3200

Masa : 9.34 malam (3/2/2021)

Lokasi : Di Dalam Rumah

Aperture: F 9

ISO: 200




Shutter Speed: 1/800



Shutter Speed: 1 saat


Kesimpulannya, semakin rendahnya Shutter Speed , objek yang dirakam menjadi lebih kabur. Manakala pula semakin tingginya Shutter Speed, objek kelihatan lebih tajam dan jelas. Oleh itu, apabila kita hendak menangkap gambar yang mempunyai kelajuan yang tinggi seperti kereta di atas jalan raya atau burung yang berterbang di langit, kita seharusnya menggunakan Shutter Speed yang laju.

AKTIVITI AMALI 4 : ISO


Pada 3/2/2021, saya telah belajar tentang perbezaan antara ukuran ISO yang tinggi dan ukuran ISO yang rendah. Ukuran yang berbeza akan mencerahkan atau mengelapkan gambaran dalam foto. Berikut merupakan hasil amali saya. 


Kamera : Nikon D3200

Lensa : 18-55mm

Objek : Pensil Warna

Lokasi : Bilik 

Aperture : F 4.5



ISO  1250





ISO  160





ISO  100


Berdasarkan hasil amali saya di atas, semakin tingginya ISO, semakin cerahlah seluruh gambar foto. Sebaliknya, semakin rendahnya ISO, semakin gelapnya gambar foto. Oleh itu, kita harus mengesan cahaya di sekeliling semasa menangkap gambar supaya gambar yang ditangkap tidak akan under expose atau over expose.

Monday, February 1, 2021

AKTIVITI AMALI 3 : APERTURE





Pada 2.2.2021 jam 10.02 pagi, saya telah menjalankan aktiviti amali mengaplikasi atau menggunakan fungsi Aperture. Semasa amali dijalankan, saya memilih untuk menangkap gambar tentang bunga di depan rumah saya.


Berikut merupakan hasil amali dan penjelasan saya.


CONTOH 1


Berdasarkan amali dijalankan, apabila saya menetapkan ukuran aperture kepada F/5.6 (ukuran kecil), butiran pada bunga teratai jelas dinampak dan memberi gambaran yang tajam. Manakala, latar belakang bagi bunga teratai menjadi kabur sehingga saya tidak dapat jelas melihat bentuk kereta di belakang.


Sebaliknya, apabila saya menukarkan ukuran aperture kepada F/32 (ukuran besar), gambaran terus menjadi jelas sehingga saya dapat melihat bentuk kereta atau pintu pagar di belakang dengan jelas. Selain itu, gambaran juga menjadi gelap sedikit berbanding dengan gambar pertama.

 


CONTOH 2



Berdasarkan contoh kedua, kita dapat melihat ikan-ikan kecil yang berenang pada permukaan air pada gambar kedua apabila ukuran aperture besar. Bayang-bayang langit dan daun teratai juga boleh jelas dilihat.


Sebaliknya, kita hanya dapat melihat bintik-bintik hitam yang kecil (ikan kecil) pada permukaan air sahaja semasa ukuran aperture menjadi kecil. Bayang-baying langit dan daun teratai dalam gambar pertama menjadi kabur berbanding dengan gambar kedua. Secara keseluruhannya, warna dalam gambar pertama adalah lebih terang berbanding dengan gambar kedua.



CONTOH 3


Jika meneliti contoh ketiga, saya memilih untuk menangkap gambar bunga ungu ini dengan latar belakangnya yang kompleks. Saya memilih gambaran ini untuk menunjukkan fungsi aperture dengan mudah.


Berdasarkan kedua-dua gambar di atas, gambar kedua menjadi kurang menarik kerana gambar tersebut tidak dapat menunjukkan objek yang difokuskan. Dengan ukuran aperture yang besar, semua objek dalam menjadi jelas dan tajam, maka kita tidak dapat membezakan manakah objek yang perlu diberikan tumpuan.


Manakala, disebabkan saya menggunakan ukuran aperture yang rendah untuk menangkap gambar bunga tersebut, maka gambaran hanya berfokus pada objek yang berada di bahagian hadapan iaitu bunga ungu tersebut. Dalam hal ini juga, latar belakang telah menjadi kabur dan seluruh gambaran hanya menonjolkan bunga tersebut. Dengan ini, kita dapat jelas dengan motif jurufoto di mana objek yang dia hendak tangkap ialah bunga ungu tersebut.


-------------

Berikut merupakan gambar-gambar di atas dalam saiz besar.

Contoh 1 Gambar 1



Contoh 1 Gambar 2



Contoh 2 Gambar 1


Contoh 2 Gambar 2



Contoh 3 Gambar 1




Contoh 3 Gambar 2