LAI LEE MIN

LAI LEE MIN
Unit : S3
Major : BAHASA CINA (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D3200

Search This Blog

Powered by Blogger.

JENIS-JENIS FILEM

 

Memandangkan teknologi semakin berkembang pada era ini. filem kurang dijumpai dalam kehidupan kita kerana kebanyakkan orang menggunakan kamera digital untuk menangkap gambar.Sekiranya kamera digital memerlukan kad memori untuk menyimpan fail foto yang telah ditangkap, maka kamera analog memerlukan Roll Film. Ringkasnya, filem Roll adalah kepingan panjang yang menyerupai plastik dan terdapat bahan kimia yang sangat sensitif apabila terkena cahaya. Jadi gambar atau pemandangan yang kita ambil akan "dirakam" di Roll Film. Filem ialah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA (American Standard Association), JIS (Japan Industrial Standards), DIN (Deutche Industrie Norme), dan ISO (International Organization of Standardization).



Semasa memilih, membeli, menggunakan, memasang filem untuk kamera analog, terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan. Antara cara memilih dan menggunakan Roll Filem pada Kamera Analog adalah



Laraskan format ukuran Roll Filem yang akan digunakan oleh kamera analog anda.
Jangan mendapat ukuran yang salah.

-----


Pembahagian filem berdasarkan ukuran:


Small format (35mm)
Medium format (100-120mm)
Large format





Selain itu, filem Roll juga berbeza dari segi warnanya dan kesannya. Antara tiga jenis filem roll dengan warna dan kesan yang berbeza.




Filem Hitam & Putih / Monokrom




Filem hitam putih boleh mempamerkan sesuatu yang unik seperti wajah seseorang, suasana yang muram dan seumpamanya. Hal ini demikian kerana gambar hitam putih lebih menjelaskan mood tanpa dipengaruhi oleh warna-warna lain. 
  


Pemprosesan filem hitam putih




--------------------------------


Filem Warna


Filem warna lebih digemari oleh jurufoto disebabkan dengan fleksibilitinya. Filem warna mudah diperolehi di mana-mana kedai fotogradi atau pasaraya. Ia boleh diperolehi dalam bentuk 12 dedahan( Exposure), 24 dedahan, 36 dedahan. Filem warna digunakan untuk menangkap gambar yang menunjukkan warna yang serupa dengan objek yang ditangkap. Filem warna juga boleh menghasilkan gambar hitam putih. 





Pemprosesan filem warna






--------------------------------




Filem Slaid / Transparensi




Jenis filem ini digemari kerana ia menghasilkan imej yang terang, kontras dan seolah-olah hidup. Filem slaid selalunya digunakan untuk penerbitan majalah dan buku. Ia juga digunakan bagi tujuan syarahan dan demontrasi.

Filem slaid jarang digunakan pada masa kini kerana kemunculan kamera digital.




--------------------------------



Filem Polaroid / Instant

Filem polaroid merupakan kepingan kertas gambar yang mempunyai bahan kimia. Semasa gambar foto diambil, ia akan dikeluarkan dari kamera dan digoyang di udara bagi menentukan bahan kimia bertindak menghasilkan gambar. Filem ini tidak boleh digunakan dengan kamera biasa tetapi hanya boleh digunakan dengan kamera tertentu sahaja.

Filem polaroid sesuai digunakan untuk mereka yang tidak sabar atau hendak mendapatkan gambar dengan segera.









0 comments:

Post a Comment