LAI LEE MIN

LAI LEE MIN
Unit : S3
Major : BAHASA CINA (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D3200

Search This Blog

Powered by Blogger.

TEKNIK PANNING



Teknik Panning merupakan teknik fotografi yang digunakan untuk membekukan gerakan pada objek yang bergerak. Cara melakukan panning adalah dengan menggerakkan kamera searah dengan arah gerakan objek yang ingin difokuskan sehingga objek difokuskan sementara background menjadi kabur. 


Berikut merupakan beberapa video yang mengajar teknik Panning dari Youtube.







Untuk menangkap foto menggunakan teknik Panning, kita perlu menggerakkan kamera searah dengan arah gerakan objek yang ingin difokuskan sehingga objek difokuskan sementara background menjadi kabur. Dalam hal ini, Shutter Speed yang rendah seperti 1/30 atau 1/15 perlu diaplikasikan supaya foto Panning dapat dihasilkan. Shutter Speed yang rendah diperlukan untuk menghasilkan foto Panning adalah untuk menghasilkan garisan pergerakan (Motion) di belakang objek. Dengan ini, garisan pergerakan (motion) tersebut boleh mewujudkan kesan pergerakan yang pantas.






Semasa menangkap foto Panning pada waktu pagi, cahaya adalah cukup untuk menangkap foto yang jelas. Maka, ISO tidak perlu ditentukan dalam ukuran yang tinggi. ISO 100 atau 200 sudah mencukupi untuk menangkap foto Panning pada waktu pagi. 




Pada waktu malam pula, ISO perlu diubah kepada ukuran yang lebih tinggi kerana cahaya pada waktu malam kurang daripada waktu pagi. Maka, ISO yang tinggi seperti 500 ke atas dikehendaki supaya foto yang ditangkap tidak menjadi gelap. Walau bagaimanapun, ukuran ISO tetap ditentukan berdasarkan keadaan tempat yang anda menangkap foto.


0 comments:

Post a Comment