AKTIVITI AMALI 6 : PANNING
Pada 3/2/2021, saya belajar teknik Panning berdasarkan beberapa video dalam Youtube. Panning merupakan teknik fotografi yang digunakan untuk membekukan gerakan pada objek yang bergerak. Cara melakukan panning adalah dengan menggerakkan kamera searah dengan arah gerakan objek yang ingin difokuskan sehingga objek difokuskan, sementara background menjadi kabur/blur. Jangan takut hanya keranaa ada kata “teknik”, cara melakukan panning dapat dibilang cukup mudah.
Berikut merupakan beberapa video yang mengajar teknik Panning dari Youtube.
Selepas saya menonton video di Youtube, saya cuba menggunakan teknik ini untuk menangkap kereta yang berlalu di depan rumah saya.
Masa : 7.43 pagi ( 4/6/2021)
Cuaca : Cerah
Kamera : Nikon D3200
Lensa : 18-55mm
Shutter Speed : 1/40
ISO : 100
Aperture : F 4.5
Selepas berjaya mengambil foto teknik Panning, saya berasa gembira kerana teknik ini memang susah. Walaupun butiran background yang dirakam kelihatan sedikit jelas lagi, namun kereta jiran saya dirakam dengan lebih jelas. Jiran saya yang duduk dalam kereta juga boleh jelas dilihat. Saya juga jelas bahawa kita perlu menggunakan kelajuan yang lambat dan hanya memokus pada objek yang bergerak sahaja semasa teknik Panning diaplikasi.
0 comments:
Post a Comment