LAI LEE MIN

LAI LEE MIN
Unit : S3
Major : BAHASA CINA (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D3200

Search This Blog

Powered by Blogger.

Thursday, January 28, 2021

AKTIVITI AMALI 1 : WHITE BALANCE


 


Berikut merupakan aktiviti amali saya pada 27.01.2021 untuk menguasai teknik penggunaan White Balance.






Aktiviti amali ini dijalankan pada pukul 10.43 pagi. Cuaca pada hari tersebut adalah cerah tetapi kekurangan cahaya. Semasa aktiviti dijalankan, saya memilih empat mod White Balance untuk menangkap gambar bunga teratai di depan rumah saya. Antara mod White Balance yang saya gunakan ialah Cloudy, Tungsten Bulb, Fluorescent Lamp dan Daylight.


Melalui amali pada kali ini, saya mendapati bahawa penggunaan White Balance dalam mod Cloudy dan Daylight menghasilkan foto bunga teratai yang paling tepat dan sesuai. Warna bunga teratai adalah seimbang dan wajar semasa kedua-dua mod tersebut digunakan. Kedua-dua mod White Balance telah menyerupai warna dalam gambar kita dengan kenyataan sebenar.


Menerusi empat mod yang digunakan, mod Fluorescent Lamp yang menghasilkan gambar bunga teratai yang paling tidak wajar. Hal ini demikian kerana mod tersebut telah menukarkan warna bunga teratai yang asalnya berwarna putih kepada warna biru terang. Ini membuktikan bahawa mod tersebut tidak sesuai untuk menangkap gambar bunga teratai pada masa tersebut kerana ia tidak dapat mengimbangkan suhu warna gambar.


0 comments:

Post a Comment