SEJARAH FOTOGRAFI
Fotografi adalah hasil dari penemuan. Yang pertama dalam bidang alam menghasilkan kamera, yang kedua dalam bidang kimia menghasilkan film. Asal mulanya kedua penemuan itu tidak ada hubungannya antara satu sama lain sebelum sampai ke kesempurnaan seperti yang kita sekarang kenal serta melahirkan penemuan baru iaitu fotografi.
Fotografi ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya fotografi tidak dapat berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila fotografi telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia fotografi.
Fotografi tradisional masih dibenarkan berkembang bersama perkembangan ledakan teknologi ICT. Fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah diterima dengan meluas namun fotografi dengan menggunakan filem masih digunakan di kalangan pengamal fotografi.
Kamera mula diperkenalkan apabila para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potret pada abad 17 dan 18. Justeru itu, mereka mencipta kamera Obscura untuk kemudahan merakam imej.
Pada abad ke-5 sebelum masihi, seorang yang bernama MoTi, mencipta gejala fotografi. Apabila sebuah ruangan gelap ada lubang yang memancarkan sinar, maka di tembok suatu ruangan tersebut akan terlihat gambar sumber cahaya tadi secara terbalik. Ibn Al-Haitham, seorang Arab juga menemukan gejala yang sama. Gambar foto pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam.
Louis Jacques Mande Daquerre merupakan bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obscura merupakan kamera yang pertama kali dipakai untuk menggambar potret. Obscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak (Eastman Kodak) pertama kali ditemukan oleh Snapshooter 1888 di Amerika.
Tahun 1900, seorang jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera ini amat besar ukurannya di mana beratnya 1400 paun. Lensa seberat 500 paun. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.
Di awal kewujudan kamera digital, tidak ramai orang yang menggemarinya terutamanya di kalangan professional. Ini adalah kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an masih menggunakan cirri-ciri kamera kompak. Abscura telah diubahsuai secara berterusan sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastman yang bersaiz lebih kecil sekitar 1888. Dari zaman abscura hingga ke era digital dan daripada produk yang mahal dan membebankan untuk dibawa, kamera kini menjadi produk bersaiz kecil, murah dan mesra pengguna.
0 comments:
Post a Comment