AKTIVITI AMALI 2 : TEKNIK MEMFOKUS
Pada 27.01.2021, saya telah menjalankan aktiviti amali menggunakan teknik memfokus pada pukul 10.43 pagi dengan menggunakan Smartphone Huawei Y9 2019. Cuaca pada hari tersebut adalah cerah tetapi kekurangan cahaya.
Berikut adalah hasil teknik memfokus yang saya kuasai semasa menangkap gambar bunga teratai.
Pada gambar bunga teratai di atas, saya memilih untuk memfokus bunga teratai yang terdekat dengan saya. Oleh itu, bunga teratai yang berada di bahagian hadapan gambar kelihatan sangat jelas. Manakala bunga teratai di bahagian belakang mewujudkan kesan kabur.
Seterusnya, saya menukar teknik menangkap gambar di mana saya memfokuskan bunga teratai di belakang. Hal ini telah menyebabkan bunga teratai di bahagian depan gambar memberi kesan kabur dan tidak menunjukkan butiran yang teliti berbanding dengan gambar pertama di atas. Semasa saya memfokus bunga teratai di bahagian belakang, bunga teratai tersebut menjadi jelas walaupun ia berada di tempat yang lebih jauh.
0 comments:
Post a Comment