LAI LEE MIN

LAI LEE MIN
Unit : S3
Major : BAHASA CINA (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D3200

Search This Blog

Powered by Blogger.

Monday, February 1, 2021

AKTIVITI AMALI 3 : APERTURE





Pada 2.2.2021 jam 10.02 pagi, saya telah menjalankan aktiviti amali mengaplikasi atau menggunakan fungsi Aperture. Semasa amali dijalankan, saya memilih untuk menangkap gambar tentang bunga di depan rumah saya.


Berikut merupakan hasil amali dan penjelasan saya.


CONTOH 1


Berdasarkan amali dijalankan, apabila saya menetapkan ukuran aperture kepada F/5.6 (ukuran kecil), butiran pada bunga teratai jelas dinampak dan memberi gambaran yang tajam. Manakala, latar belakang bagi bunga teratai menjadi kabur sehingga saya tidak dapat jelas melihat bentuk kereta di belakang.


Sebaliknya, apabila saya menukarkan ukuran aperture kepada F/32 (ukuran besar), gambaran terus menjadi jelas sehingga saya dapat melihat bentuk kereta atau pintu pagar di belakang dengan jelas. Selain itu, gambaran juga menjadi gelap sedikit berbanding dengan gambar pertama.

 


CONTOH 2



Berdasarkan contoh kedua, kita dapat melihat ikan-ikan kecil yang berenang pada permukaan air pada gambar kedua apabila ukuran aperture besar. Bayang-bayang langit dan daun teratai juga boleh jelas dilihat.


Sebaliknya, kita hanya dapat melihat bintik-bintik hitam yang kecil (ikan kecil) pada permukaan air sahaja semasa ukuran aperture menjadi kecil. Bayang-baying langit dan daun teratai dalam gambar pertama menjadi kabur berbanding dengan gambar kedua. Secara keseluruhannya, warna dalam gambar pertama adalah lebih terang berbanding dengan gambar kedua.



CONTOH 3


Jika meneliti contoh ketiga, saya memilih untuk menangkap gambar bunga ungu ini dengan latar belakangnya yang kompleks. Saya memilih gambaran ini untuk menunjukkan fungsi aperture dengan mudah.


Berdasarkan kedua-dua gambar di atas, gambar kedua menjadi kurang menarik kerana gambar tersebut tidak dapat menunjukkan objek yang difokuskan. Dengan ukuran aperture yang besar, semua objek dalam menjadi jelas dan tajam, maka kita tidak dapat membezakan manakah objek yang perlu diberikan tumpuan.


Manakala, disebabkan saya menggunakan ukuran aperture yang rendah untuk menangkap gambar bunga tersebut, maka gambaran hanya berfokus pada objek yang berada di bahagian hadapan iaitu bunga ungu tersebut. Dalam hal ini juga, latar belakang telah menjadi kabur dan seluruh gambaran hanya menonjolkan bunga tersebut. Dengan ini, kita dapat jelas dengan motif jurufoto di mana objek yang dia hendak tangkap ialah bunga ungu tersebut.


-------------

Berikut merupakan gambar-gambar di atas dalam saiz besar.

Contoh 1 Gambar 1



Contoh 1 Gambar 2



Contoh 2 Gambar 1


Contoh 2 Gambar 2



Contoh 3 Gambar 1




Contoh 3 Gambar 2



0 comments:

Post a Comment