LAI LEE MIN

LAI LEE MIN
Unit : S3
Major : BAHASA CINA (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D3200

Search This Blog

Powered by Blogger.

WHITE BALANCE

 Sebelum kita mengenali White Balance , kita perlu mengetahui bahawa setiap gambar yang ditangkap mesti berkaitan dengan CAHAYA. Hal ini kerana tidak semua cahaya diciptakan sama. 


Apa yang kita lihat sebagai cahaya putih dari sumber yang berbeza sebenarnya mempunyai warna yang berbeza, atau dikenali sebagai suhu warna. Cahaya matahari langsung pada siang hari dianggap sebagai suhu warna yang biasa (normal) di mana semua sumber cahaya yang  dibandingkan dengan ini sebagai satu standard. Contohnya, cahaya dari bola lampu pijar nampak lebih oren daripada cahaya matahari.  Dalam fotografi, kita merujuk kepada perbezaan ini sebagai "lebih hangat" (warmrt) dan "lebih sejuk" (cooler) daripada titik rujukan cahaya matahari neutral kita.


--------


Terlebih dahulu, kita perlu memahami tentang SUHU WARNA (Colour Temperature).




Suhu warna diukur dalam unit Kelvin (K) dan merupakan sifat fizikal cahaya. Walaupun chaya kelihatan sama, tetapi ia mempunyai margin besar untuk varians antara sumber cahaya yang berlainan. Sebagai contoh, kita boleh menyedari bahawa terdapat beberapa mentol yang warnanya sedikit berbeza daripada yang lain jika kita berada di sebuah ruangan dengan deretan lampu pendarfluor. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai suhu warna yang berbeza daripada mentol yang lain. Begitu juga, cahaya matahari pada waktu tengah hari boleh mempunyai suhu warna yang berbeza daripada yang terjadi ketika matahari terbenam.


Suhu warna neutral (cahaya matahari pada tengah hari) berukuran antara 5200-6000 K. Dengan pengetahuan yang sedia ada, semakin tingginya suhu warna,  gambar yang ditangkap akan menjadi kebiruan.  Sebaliknya, semakin rendahnya suhu warna, gambar yang ditangkap akan menjadi oren.


Berikut adalah carta yang memberi anda beberapa sumber cahaya yang berbeza dan julat khasnya Pengukuran Kelvin:





Jika lihat kamera kita, ia tidak akan mengimbangi suhu warna yang berbeza secara automatik selain kita menggunakan tetapan yang mengimbangi suhu warna yang berbeza. Hal ini kerana kamera menangkap cahaya dan suhu warna yang sebenarnya ada di tempat kejadian, bukan yang dilihat oleh mata anda. Dengan ini, kita memerlukan White Balance semasa sesi fotografi dijalankan.


-------

APA ITU WHITE BALANCE ?

WHITE BALANCE berfungsi untuk mengimbangkan suhu warna pada gambar anda.

Ia menambah warna yang bertentangan pada gambar dalam usaha untuk mengembalikan suhu warna menjadi neutral. White Balance dalam fotografi digital bermaksud menyesuaikan warna supaya gambar kelihatan lebih semula jadi. Melalui proses penyesuaian warna, ia menyingkirkan corak warna agar dapat menyerupai warna dalam gambar kita dengan kenyataan.


Kebanyakkan kamera dilengkapi dengan pilihan untuk menetapkan atau menyesuaikan White Balance secara manual. Tetapan khas termasuk "matahari", "teduh", "tungsten" dan "neon" juga disediakan kepada pengguna kamera. Sesetengah jenis kamera pula menyediakan fungsi menetapkan suhu warna secara manual dengan memilih nilai Kelvin tertentu.


Berikut merupakan contoh tetapan khas White Balance yang berbeza.




Penggunakan White Balance yang berbeza menghasilkan warna gambar yang berbeza.






Sekiranya tetapan keseimbangan putih (White Balance) yang tidak betul digunakan dalam kamera, gambar akan menjadi tidak wajar dengan warna kulit yang buruk. Berikut adalah contoh Imbangan Putih yang betul dan tidak betul:



Tetapan white balance yang salah menyebabkan warna kulit kanak-kanak menjadi oren





Tetapan white balance yang salah menyebabkan warna gambar artis menjadi kebiruan


Dengan merujuk contoh-contoh di atas, kita tahu bahawa White Balance memainkan peranan penting dalam mengimbangkan suhu warna gambar yang ditangkap supaya objek dalam gambar kelihatan normal dan berwajar.

0 comments:

Post a Comment