LAI LEE MIN

LAI LEE MIN
Unit : S3
Major : BAHASA CINA (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D3200

Search This Blog

Powered by Blogger.

APERTURE

 




APERTURE

 adalah lubang atau bukaan di mana cahaya masuk ke dalam kamera.


Ia berfungsi seperti dengan mata kita ( dikenali sebagai pupil ), apabila kita bergerak di antara persekitaran yang terang dan gelap , iris dalam mata akan mengembang atau mengecut untuk mengawal saiz pupil.





Semasa menangkap gambar menggunakan fungsi ini, kita boleh mengecilkan atau memperbesar ukuran aperture supaya mengawal cahaya untuk mencapai sensor kamera kita.


Aperture dapat menambahkan dimensi pada foto kita dengan mengawal kedalaman medan. Ia bermaksud, semakin tingginya ukuran aperture, lubang aperturenya semakin kecil, cahaya yang masuk ke dalam kamera kurang, maka ia dapat menghasilkan gambar di mana latar belakang kabur dengan kesan fokus cetek yang indah. Oleh itu, objek di bahagian depan dalam gambar adalah paling jelas manakala objek di bahagian belakang menjadi kabur.




Sebaliknya, apabila ukuran aperture adalah kecil / rendah, lubang aperturenya akan menjadi besar. Ia telah membolehkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam kamera. Dalam keadaan ini, ia akan menghasilkan gambar yang tajam dari latar depan yang paling berdekatan hingga ke cakrawala yang jauh. Selain itu, ia juga mengubah paparan gambar anda dengan menjadikannya lebih terang atau lebih gelap.



Untuk pengetahuan, ukuran aperture dalam F/5.6 merupakan ukuran yang standard.

Berikutnya adalah penjelasan yang jelas dalam bentuk grafik.






Jika merujuk kepada foto-foto yang ditangkap oleh para jurufoto, kita dapat tahu bahawa kebanyakkan gambar potret atau iklan adalah menggunakan aperture besar untuk menangkapnya. Hal ini demikian kerana ukuran aperture yang besar akan mengkaburkan latar belakang gambar dan hanya memokus kepada objek yang paling depan. Dalam keadaan ini, gambar yang ditangkap akan memberi kesan di mana sesuatu objek atau seseorang di bahagian depan diberikan tumpang. Ini juga memudakan kita untuk membezakan objek manakah yang paling penting di dalam foto.





Manakala, kebanyakkan gambar permandangan atau bangunan adalah menggunakan aperture besar untuk menangkapnya. Hal ini kerana jurufoto hendak menangkap semua butiran yang ada pada pemandangan atau bangunan tersebut. Oleh itu, objek yang di dalam gambar perlulah jelas. 





0 comments:

Post a Comment