LAI LEE MIN

LAI LEE MIN
Unit : S3
Major : BAHASA CINA (SJKC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak.

Kamera: Nikon D3200

Search This Blog

Powered by Blogger.

ELEMENT DAN PRINSIP SENI DALAM FOTOGRAFI

 

Terdapat 7 prinsip seni dalam fotografi iaitu balance, rhythm, pattern, emphasis, contrast, unity dan movement.


1.  Balance (Keseimbangan)

Balance dikatakan dalam bahasa Melayu iaitu keseimbangan. Prinsip ini digunakan untuk mengimbangkan visual weight gambar. Kawasan di sekeliling objek adalah dibahagikan kepada sama rata atau seimbang. Untuk mencapai prinsip seni ini dalam fotografi, jurugambar boleh menggunakan tiga cara yang berikut.

i. Symmetry





ii. Asymmetry




iii. Radial Balance Symmetry




---


2.  Rhythm (rentak/irama)

Irama menentukan pengedaran unsur visual berulang atau teratur / tidak teratur di seluruh gambar.Ruang, korelasi, dan perbezaan antara subjek dalam foto seperti ini mencerminkan nota pada lembaran muzik.






3.  Pattern (corak)

Pattern merupakan ulangan corak yang mempunyai gabungan motif yang sama. Corak ini dapat membantu kita memahami dunia visual melalui keteraturan yang sama tidak kira dari objek buatan manusia hingga bahan organik dan pengabstrakan.





4. Emphasis

Emphasis membentuk minat pusat pada sesebuah gambar. Warna, ruang, tekstur, dan garis berfungsi bersama untuk menentukan fokus gambar. Jurugambar boleh mewujudkan kesan Emphasis melalui saiz dan warna objek yang bertentangan dengan subjek di background.




5. Contrast

Contras terbentuk apabila sesebuah gambar mempunyai dua jenis dan ke atas prinsip atau elemen yang bertentangan, contohnya gelap dan cerah atau warna sejuk dan panas.





6. Unity

Unity menerangkan perkaitan atau hubungan antara elemen-elemen dalam fotografi. Ia membantu mewujudkan imej yang padu. Jurugambar boleh menggunakan warna atau nada, konsep atau elemen  yang serupa menghasilkan  unity.






7. Movement

Movement dalam fotografi bermaksud hubungan atau perkaitan dengan Shutter Speed kamera dan objek yang hendak difokuskan. Jurugambar boleh mewujudkan "visual highways" dalam gambar untuk menghasilkan kesan pergerakan. 








————————————————————————————————


Terdapat 7 elemen seni dalam fotografi iaitu texture, line, colour, shape, form, tone dan space..


1. Texture

Texture dalam fotografi bermaksud menggambarkan permukaan objek dengan jelas. Texture dapat menonjolkan objek yang digambarkan dan ia menambahkan imaginasi kepada penghayat gambar.







2. Line

Line dalam fotografi menunjukkan beberapa unsur iaitu leading line dan repeating line. Leading line boleh membimbing seseorang penghayat gambar ke satu arah dalam gambar manakala repeating line membimbing penghayat gambar sentiasa menumpu balik kepada gambar. Line tidak semestinya dalam keadaan lurus.








3. Colour

Colour merupakan elemen yang paling asas dalam fotografi. Warna asas terkandung warna merah, biru dan kuning, ketiga-tiga warna ini boleh dicampur untuk menghasilkan warna yang lain. Biasanya, warna kontras memberi kesan yang paling menonjolkan dan menarik.






4. Shape

Shape dalam fotografi bermaksud bentuk objek yang kelihatannya dalam bentuk 2-Dimensi. Bentuk bagi sesuatu objek ialah bulat, buju, segi empat, segi tiga dan lain-lain.





5. Form

Form dalam fotografi bermaksud menjadikan objek yang berbentuk 2- dimensi kepada kesan 3-dimensi. Ia dikawal dengan cahaya yang pancar pada objek yang digambarkan.






6. Tone

Tone dalam fotografi bermaksud pelbagai tahap cerah dan gelap untuk menambahkan kontras dan kesegaran pada gambar.







7. Space

Space dalam fotografi bermaksud menambahkan kedalaman(depth) ke dalam gambar yang ditangkap. Gambar yang ditangkap mesti mengandungi foreground, middle ground dan background. Ia membimbing penghayat gambar melihat gambar dari pelbagai sudut dalam keseluruhan.










0 comments:

Post a Comment